Lawatan ke Muzium Sabah

23 Mac 2013, Sempena tema bulanan rumah dan taska saya, kanak-kanak PAPNKB membuat lawatan ke Muzium Sabah untuk melihat kampung Warisan yang mempamerkan pelbagai jenis rumah mengikut suku kaum yang terdapat di negeri Sabah. Di kesempatan ini juga mereka melawat muzium untuk  melihat pelbagai lagi keunikan dan peninggalan sejarah negeri Sabah.






























Pemeriksaan Kesihatan Gigi

22 Mac 2013, kanak-kanak PAPNKB menjalani pemeriksaan kesihatan gigi. Walaupun beberapa kanak-kanak kelihatan risau mereka tidak takut untuk menjalani pemeriksaan gigi. kanak-kanak juga mendapat pujian kerana mesra dan memberi kerjasama yang baik kepada jururawat.










Majlis Perpisahan Cikgu Reena

26 Feb 2013, Majlis perpisahan diadakan sempena pertukaran cikgu Reena ke PAPN Pasir Gudang. Terima kasih kepada cikgu Reena atas segala sumbangan semasa bertugas di PAPNKB. We'll miss you and good luck!








Gotong-royong

16 Feb 2013, Apa yang penting? KERJASAMA! Selepas Mesyuarat PIBP dijalankan ibu bapa bersama pendidik dan beberapa anak-anak Permata bergotong-royong membersih dan menceriakan PAPN. Terima Kasih semua.