Majlis Konvokesyen 2013

17 November 2013, Majlis Konvokesyen ke-2 PAPNKB telah dilangsungkan di bangunan PAPNKB buat pertama kalinya. Majlis dirasmikan oleh Penolong Pegawai Daerah Tuan Nor Safi bin Hj. Dukah. Terima kasih kepada semua ibu bapa yang secara langsung atau tidak langsung sama-sama menyumbang tenaga, masa dan buah fikiran bagi menjayakan majlis ini.  










Membuat Pentas

18 Oktober 2013, para bapa bergotong-royong membuat pentas untuk majlis konvokesyen 2013 yang akan diadakan pada 17 November 2013 di dalam bangunan PAPN. Selain itu, pentas ini juga boleh digunakan untuk aktiviti lain di PAPNKB.




Lawatan Ke Balai Bomba

20 September 2013, Pada hari ini kanak-kanak berpeluang melawat Balai bomba dan melihat sendiri suasana tempat kerja ahli bomba. Semasa lawatan kanak-kanak dan ibu bapa diterangkan tentang langkah keselamatan semasa berlaku kebakaran. kanak-kanak juga berpeluang melihat dan menaiki jentera bomba.











Rumah Terbuka PAPNKB 2013

30 Ogos 2013, PIBP sepakat untuk mengadakan rumah terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri 2013 di bangunan PAPNKB. Pelbagai jenis juadah dihidangkan dan beberapa aktiviti untuk ibu bapa dan kanak-kanak turut disediakan.













Lawatan Ke Taman Buaya dan Muzium Marin UMS

4 Julai 2013, sempena tema haiwan untuk aktiviti kanak-kanak pada bulan Julai ini PIBP menganjurkan aktiviti lawatan ke Taman Buaya untuk melihat dengan lebih dekat haiwan reptilia ini. Selesai melawat Taman Buaya, rombongan bergerak ke Muzium Marin UMS untuk melihat pelbagai jenis kehidupan Marin.