Sumazau

07 Mei 2012, Seronoknya dapat menari. Sempena perayaan  Pesta Menuai atau Tadau Kaamatan yang disambut oleh kaum Kadazan Dusun di Sabah, PAPNKB mengambil kesempatan memperkenalkan tarian tradisi Kadazan Duzun iaitu tarian Sumazau kepada anak-anak dan mengajak mereka menari bersama-sama. Terima kasih kepada Pn. Arnie Soluin atas tunjuk ajar beliau kepada anak-anak Permata KB.






Photos by: Cikgu Reena

Berkelah Lah Sayang, Bukan Berkhemah : )

04 Mei 2012, "Kita berkhemah kah cikgu?". Hehehe.. tak lah, kita berkelah sayang.

Sempena bulan Mei yang bertemakan makanan, PAPNKB mengajak anak-anak kecil ini berkelah di kawasan PAPN. Sekurang-kurangnya buah hati kami ini dapat merasa pengalaman berkelah bersama rakan-rakan mereka. 






Check out more photos on our Facebook:
Permata Negara Kota Belud

Photos by: Cikgu As